Wednesday 18 July 2012

Sesi Photoshoot bersama Orang Asli Bateq Kuala Koh Kelantan

Sesi photoshoot bersama masyarakat Orang Asli Bateq di Taman Negara Kuala Koh Kelantan.




Tentang Bateq

Bateq , juga dikenali Batek, ialah kaum Orang Asli di Malaysia. Adalah  kira-kira 750 orang daripada mereka di dalam hutan  di Taman Negara  di Kuala Koh (Kelantan) dan Kuala Tahan Pahang.  

Kegiatan seharian masyarakat Bateq ini ialah memburu dan memungut hasil hutan. Kehidupan masyarakat ini ialah nomad iaitu suka berpindah dan tidak menetap di dalam kawasan hutan itu dalam tempoh yang lama. Selalunya dalam komuniti tersebut terdapat lebih kurang 10 keluarga. Ini kerana adat kepercayaan seperti terdapat kematian dalam keluarga itu memerlukan mereka berpindah kerana dipercayai untuk mententeramkan roh si mati .

Orang Asli Bateq ini dikenali sebagai Bateq kerana keadaan kulit kebanyakan komuniti ini begitu unik kerana kelihatan seperti corak batik. 


Keadaan kulit komuniti Asli Bateq yang kelihatan seperti corak batik



Antara hasil kraftangan yang dipakai Asli Bateq yang diperbuat dari buluh
 dan bunga-bungaan hutan yang boleh didapati di dalam hutan


Selalunya Asli Bateq mencari penempatan yang berdekatan dengan sungai yang terdapat di dalam Taman Negara



Kanak-kanak perempuan Asli Bateq yang ceria semasa sesi photoshoot


Pada mulanya kanak-kanak Asli Bateq ini agak malu semasa hendak diambil gambar tetapi untuk mendekati mereka kita kena berikan kudapan seperti gula-gula lolipop.. hehehe.. 
Golongan tua Orang Asli Bateq


Gambar potrait anak asli bateq