Tuesday, 3 February 2015

Sambutan Hari Thaipusam 2015


Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Dewa Subramaniam adalah dewa perang dan kemenangan bagi agama Hindu.







Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dan dibawa ke dalam kuil.









Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.



Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.















Pelbagai cara menyeksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu. Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.


















Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia yang menjadi tumpuan utama penganut India ialah Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor. Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Hari Thaipusam menarik pelancong dalam dan luar negara. Dianggarkan sebanyak 1.6 juta pengunjung ke kawasan Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves ini yang seterusnya dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan menarik di Malaysia.



Thursday, 29 January 2015

Eksplorasi Taman Negara Penang


Keindahan dan Keunikan Flora dan Fauna Taman Negara Pulau Pinang yang sempat dirakam Lensa saya semasa megikuti Program Jelajah Lensa Taman Negara Pulau Pinang anjuran PERHILITAN dan ICU JPM Pulau Pinang pada 16 - 18.Januari.2015.






Burung Helang Merah
Haliastur indus

Bangau cina
Egretta eulophotes



Burung Pucong Keladi (Striated heron)
 Butorides striata








The giant wood spider
 Nephila maculata

The Batik Orb-weaver (juvenile)
 Nephila antipodiana

Orange-bearded Gliding Lizard
Draco abbreviatus



Punai Lengguak
Treron curvirostra


Tuesday, 21 October 2014

Travel Photography Tasik Bera Pahang




Tasek Bera merupakan tasik air tawar yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 61,380 ha dan terletak di bahagian Tenggara Negeri Pahang. Kawasan ini dijadikan sebagai Tapak RAMSAR yang merupakan pertama di Malaysia diwartakan semasa di Sidang Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa pada 10 November 1994. Tujuan mewartakan menjadi Tapak RAMSAR ialah untuk mengekalkan ciri-ciri ekologi tanah lembap tersebut dan di samping membenarkan penggunaan sumber-sumbernya secara mampan.

Tasek Bera is the largest freshwater lake in Malaysia with an area of around 61.380 hectares and located in the Southeast Pahang. This area is used as a RAMSAR site, which is Malaysia's first enacted during the session of Wetlands of International Importance on 10 November 1994. The purpose of announcing a Ramsar site is to maintain the ecological character of wetlands and in addition to allowing the use of its resources sustainably.





Ekosistem dan biodiversiti di Tasek Bera adalah pelbagai dan unik. Spesies hidupan liar seperti harimau belang, tapir dan ikan kelisa terdapat di tasik ini. Tumbuhan keladi paya (Cryptocoryne purpurea) merupakan spesies endemik di Tasek Bera. Kaum Orang Asli Semelai merupakan komuniti pribumi yang bermastautin di tanah Tasek Bera sejak 600 tahun dahulu lagi. Komuniti ini bertutur dalam bahasa 'semelai' dan menggelar diri mereka sebagai Semaq Tasek yang bermaksud "Orang Tasik". Sejak dahulu lagi komuniti ini bergantung kepada tasik ini sebagai survival hidup mereka.

Ecosystems and biodiversity in the Tasek Bera is diverse and unique. Wildlife species such as tigers, tapirs and arowana fish found in the lake. Swamp yams plants (Cryptocoryne purpurea) is an endemic species in the Tasek Bera. Orang Asli Semelai an natives community residing in the Tasek Bera 600 years ago. This community converse in the language of 'semelai' and refer to themselves as Semaq Lake which means "The Lake". Since time immemorial this community depend on this lake as the survival of their lives.













Pengurusan Tasek Bera ini diketuai oleh Jabatan PERHILITAN bersama Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dan Pejabat Pengurusan terletak di Bandar 32, Triang Bera Pahang

Management of Tasek Bera is headed by The Department Wildlife And National Park (DWNP), the Department of Forestry, Department of Environment, Department of Fisheries and the Department of Orang Asli (JKOA) and the Office of Management is located in 32, Triang Bera, Pahang.





Wednesday, 12 March 2014

Notalgia Di Memory Lane Ipoh

 

MEMORY LANE IPOH

 
Salam semua.. Sudah lama rasanya saya tidak melakukan "street photography" disebabkan kekangan masa dengan kerja. Dikesempatan masa saya berkunjung ke ke Ipoh dan singgah ke Memory Lane.  Memory Lane ini sebenarnya dikenali sebagai pasar Loke Kean oleh orang Ipoh atau pun dipanggil Pasar Karat Ipoh. Ianya dibuka setiap hari ahad seawal 7 pagi sehingga ke tengahari. Keunikan pasar ini ialah menjual barang-barang antik dan lama selain menjual makanan dan pakaian.
 
Dengan kamera Fujifilm X100 dan bateri kamera yang cukup-cukup untuk snap, sempat saya mengambil beberapa moment menarik semasa berkunjung ke Memory Lane. Saya menggunakan format BnW semasa mengambil gambar bagi membangkitkan suasana nostalgia.